Tahukah anda bahawa
DURIAN BELANDA
dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit?

Antaranya ialah darah tinggi, kencing manis, gastrik, dan BANYAK LAGI!

Tujuan Laman Web ini

Tujuan utama laman web ini adalah untuk membolehkan kita berkongsi maklumat mengenai cara dan khasiat penggunaan durian belanda terutama dalam bidang rawatan masalah kesihatan. Melalui maklum balas daripada mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda, diharapkan kita dapat mengetahui apakah penyakit-penyakit yang berkesan dengan rawatan menggunakan durian belanda dan juga cara merawatnya.

Sekiranya anda tidak kenal dengan pokok durian belanda, sila klik di sini untuk pengenalan ringkas.

Kami tidak ada menghasilkan produk berkaitan durian belanda seperti pil dan sebagainya. Apa yang ingin kami utarakan di sini adalah penggunaan durian belanda (samada daun, buah dan sebagainya) secara semula jadi tanpa pemprosesan tambahan yang banyak.

Maka sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan dan ingin mengetahui samada durian belanda boleh membantu, anda bolehlah merujuk kepada bahagian "Maklum Balas Pengguna" yang terdapat di tepi laman ini untuk mengetahui pengalaman mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka.

Namun kami menyarankan anda berjumpa doktor terlebih dahulu terhadap setiap masalah kesihatan anda. Sekiranya rawatan doktor tidak berkesan juga, dan mungkin anda juga telah mencuba beberapa produk herba lain dan tidak berkesan, maka amat sesuailah untuk mencuba rawatan dengan durian belanda walaupun masalah kesihatan anda itu tidak tersenarai di bahagian "Maklum Balas Pengguna".

Untuk memastikan kesahihan fakta dalam maklum balas dari pengguna, semua maklum balas yang kami paparkan adalah dari kes yang kami sendiri telah saksikan atau rawatan yang dilapurkan telah kami cuba dengan kes yang kami sendiri saksikan.

Kami juga ada memaparkan cara membuat jus dari buah durian belanda yang sesuai bagi mereka yang ingin memakan buah durian belanda tetapi kurang menyukai rasanya. Juga ada kami paparkan cara membuat teh dari daun durian belanda yang mana kebanyakan rawatan menggunakan durian belanda adalah dengan cara meminum teh dari daun durian belanda.

Kami berharap maklumat di laman web ini dapat memberikan banyak menafaat kepada anda.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun cadangan, sila e-mel kan kepada kami di email_durianbelanda@yahoo.com atau hantar melalui Peti Cadangan yang terdapat di tepi laman ini.

Khasiat Perubatan

Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Penduduk di banjaran Andes membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong, cirit birit dan demam.

Bagi suku orang asli di Guyana, mereka mengatasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit hati dengan membuat serbuk teh daripada daunnya. Mereka juga mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh dengan mendapatkan minyak daripada daun yang masih muda.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku ini digalakkan memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Kencing Manis

7 April 2012
Rujukan: 015
Wanita, 46 tahun
Melaka, MALAYSIA

Seorang pekerja sebuah pasar basah telah mengadu kepada saya mengenai masalah kencing manis yang dihidapinya sejak 4 tahun lalu.

Dia pergi berjumpa doktor setiap bulan dan doktor memberikannya ubat. Dia mengambil ubat tersebut seperti yang diarahkan. Namun bacaan kencing manisnya terus meningkat dari masa ke semasa.

Sewaktu dia mengadu kapada saya, bacaan kencing manisnya ialah 12 (berpuasa).

Saya mengesyorkan kepadanya untuk mencuba meminum teh daun durian belanda. Dia bersetuju untuk mencuba.

Setelah lebih kurang 3 minggu meminum teh daun durian belanda dan juga terus mengambil ubat dari doktor, dia pergi berjumpa doktor seperti yang dijadualkan. Bacaan kencing manisnya telah turun kepada 8 (berpuasa) lalu doktor tidak lagi memberikannya ubat. Dia tidak memberi tahu kepada doktor mengenai teh daun durian belanda yang diminumnya setiap hari.

Sewaktu saya berjumpa dengannya sekali lagi untuk bertanya khabar, dia teramat gembira untuk memberi tahu kepada saya mengenai bacaan kencing manisnya yang telah turun itu. Saya menasihatkannya untuk terus mengamalkan meminum teh daun durian belanda sehingga bacaan kencing manisnya normal.

23 Jun 2012: Dia telah pergi berjumpa doktor seperti yang dijadualkan lebih kurang 2 minggu yang lalu. Bacaan kencing manisnya kini ialah 7 (berpuasa). Doktor tidak lagi memberikan ubat kepadanya dan menyuruhnya datang kembali dalam masa 3 bulan dari sekarang. Dia masih terus mengamalkan meminum teh daun durian belanda.

23 September 2012: Dia telah pergi berjumpa doktor seperti yang dijadualkan baru-baru ini. Bacaan kencing manisnya kini ialah 6 (berpuasa) iaitu sudah normal. Dia masih terus mengamalkan meminum teh daun durian belanda.

Cara Pengambilan dan Dos: 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan dibuat teh diminum sekali sehari. Masa meminum teh dijarakkan dari masa mengambil ubat. Contoh: Sekiranya ubat diambil disebelah pagi, teh diminum disebelah petang atau malam.

Cara Untuk Membeli Produk Kami

Untuk penghantaran di dalam Malaysia sahaja.

Untuk membeli, sila hubungi kami melalui WhatsApp di +6017-4776591.
Akaun kami di MAYBANK ialah 514413112905 DURIANBELANDA DOT COM

Cara membuat pembelian:
1. WhatsApp kepada kami produk dan bilangan yang hendak dibeli
2. Kami akan maklumkan kepada anda jumlah kos
3. Buat pembayaran jumlah kos ke akaun Maybank kami
4. WhatsApp kepada kami Nama dan alamat penghantaran
5. Kami akan hantar pesanan anda menggunakan Pos Laju dan maklumkan kepada anda Tracking ID

Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama.