Tahukah anda bahawa
DURIAN BELANDA
dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit?

Antaranya ialah darah tinggi, kencing manis, gastrik, dan BANYAK LAGI!

Tujuan Laman Web ini

Tujuan utama laman web ini adalah untuk membolehkan kita berkongsi maklumat mengenai cara dan khasiat penggunaan durian belanda terutama dalam bidang rawatan masalah kesihatan. Melalui maklum balas daripada mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda, diharapkan kita dapat mengetahui apakah penyakit-penyakit yang berkesan dengan rawatan menggunakan durian belanda dan juga cara merawatnya.

Sekiranya anda tidak kenal dengan pokok durian belanda, sila klik di sini untuk pengenalan ringkas.

Kami tidak ada menghasilkan produk berkaitan durian belanda seperti pil dan sebagainya. Apa yang ingin kami utarakan di sini adalah penggunaan durian belanda (samada daun, buah dan sebagainya) secara semula jadi tanpa pemprosesan tambahan yang banyak.

Maka sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan dan ingin mengetahui samada durian belanda boleh membantu, anda bolehlah merujuk kepada bahagian "Maklum Balas Pengguna" yang terdapat di tepi laman ini untuk mengetahui pengalaman mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka.

Namun kami menyarankan anda berjumpa doktor terlebih dahulu terhadap setiap masalah kesihatan anda. Sekiranya rawatan doktor tidak berkesan juga, dan mungkin anda juga telah mencuba beberapa produk herba lain dan tidak berkesan, maka amat sesuailah untuk mencuba rawatan dengan durian belanda walaupun masalah kesihatan anda itu tidak tersenarai di bahagian "Maklum Balas Pengguna".

Untuk memastikan kesahihan fakta dalam maklum balas dari pengguna, semua maklum balas yang kami paparkan adalah dari kes yang kami sendiri telah saksikan atau rawatan yang dilapurkan telah kami cuba dengan kes yang kami sendiri saksikan.

Anda juga boleh merujuk di bahagian "Rencana & Perbincangan Global Mengenai Durian Belanda" yang terdapat di tepi laman ini (dalam Bahasa Inggeris).

Kami juga ada memaparkan cara membuat jus dari buah durian belanda yang sesuai bagi mereka yang ingin memakan buah durian belanda tetapi kurang menyukai rasanya. Juga ada kami paparkan cara membuat teh dari daun durian belanda yang mana kebanyakan rawatan menggunakan durian belanda adalah dengan cara meminum teh dari daun durian belanda.

Bagi anda yang sukar untuk mendapatkan daun durian belanda, kami boleh membekalkannya kepada anda melalui pos. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Sila maklum bahawa anda tetap dipelawa untuk menjadikan laman ini sebagai rujukan mengenai penggunaan durian belanda walaupun anda tidak membeli daun durian belanda daripada kami.

Sekiranya anda membeli daun durian belanda daripada kami, kami tidak akan menanya sebarang soalan mengenai tujuan penggunaan daun tersebut atau meminta sebarang maklum balas dari anda. Sebarang soalan atau maklum balas dari anda hanyalah secara sukarela dari pihak anda.

Kami berharap maklumat di laman web ini dapat memberikan banyak menafaat kepada anda.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun cadangan, sila e-mel kan kepada kami di email_durianbelanda@yahoo.com atau hantar melalui Peti Cadangan yang terdapat di tepi laman ini

Khasiat Perubatan

Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Penduduk di banjaran Andes membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong, cirit birit dan demam.

Bagi suku orang asli di Guyana, mereka mengatasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit hati dengan membuat serbuk teh daripada daunnya. Mereka juga mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh dengan mendapatkan minyak daripada daun yang masih muda.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku ini digalakkan memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Maklumat Lanjut Mengenai Cara Membuat Pembayaran dengan cara Bank-in

Akaun bank untuk pembayaran secara bank-in adalah seperti di bawah.

Bank:
MAYBANK

No. akaun:
514413112905

Nama akaun:
DURIANBELANDA DOT COM

E-mel:
email_durianbelanda@yahoo.com

Pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana satu daripada cara-cara di bawah.

1. Pemindahan (Transfer) melalui Internet Banking
2. Pemindahan (Transfer) melalui mesin ATM
3. Bank-in tunai di mesin Cash Deposit Maybank
4. Bank-in tunai atau cek di Kaunter Maybank
5. Bank-in cek melalui mesin Cheque Deposit Maybank

Selepas membuat pembayaran, anda akan menerima slip/resit pembayaran. Sila simpan slip/resit pembayaran tersebut sehingga anda menerima produk yang dipesan.

Bagi pembayaran melalui Internet Banking, 'Confirmation Page' adalah slip/resit pembayaran. Print-Screen Confirmation Page tersebut kemudian Paste ke dalam Paint. Padamkan maklumat mengenai akaun anda dan simpan sebagai file. Gambar di bawah adalah contoh Confirmation Page Maybank2u dimana maklumat mengenai akaun pembayar telah dipadamkan menggunakan Paint sebelum fail disimpan.


Bagi pembayaran selain daripada melalui Internet Banking, anda juga boleh menyimpan slip/resit pembayaran sebagai file (soft copy) dengan cara mengambil foto slip/resit pembayaran tersebut menggunakan kamera digital (contoh: kamera telefon bimbit) atau imbas menggunakan scanner dan simpan sebagai file.

Semasa mengisi borang pesanan, sekiranya anda hendak menghantar sekali slip/resit pembayaran yang telah disimpan sebagai file (soft copy), anda boleh berbuat demikian dengan cara klik butang Browse dan pilih file tersebut. Sekiranya anda menghantar pesanan kepada kami melalui e-mel, anda boleh Attach file tersebut bersama e-mel pesanan.

Maklumat Lanjut Mengenai Cara Membuat Pembayaran menggunakan Kad Kredit

Pemprosesan pembayaran akan dilakukan oleh PayPal. Kami menggunakan PayPal kerana ciri keselamatannya dimana nombor Kad Kredit yang anda gunakan tidak akan diberikan kepada kami oleh PayPal. Apa yang PayPal hantarkan kepada kami hanyalah butiran mengenai pembelian anda seperti nama dan alamat penghantaran dan barangan yang dipesan.

Nota: Untuk pembayaran menggunakan kad kredit, anda tidak perlu mempunyai akaun dengan PayPal.

Gambar di bawah adalah contoh skrin yang akan dipaparkan setelah anda memilih sebagai contoh "200g daun Durian Belanda Segar" dari senarai Produk dan klik butang Buy Now. Untuk pembayaran menggunakan Kad Kredit, sila klik di bahagian yang bertanda anak panah merah.

Sila klik pada gambar untuk melihatnya dengan lebih jelas.


Pada skrin berikutnya seperti gambar di bawah, masukkan butiran kad kredit anda, nama dan alamat penghantaran, nombor telefon dan e-mel anda. Kemudian klik butang yang bertanda anak panah merah.


Semak maklumat yang anda telah masukkan pada skrin berikutnya seperti gambar di bawah. Jika anda mempunyai sebarang nota tambahan kepada pihak kami, anda boleh memasukkannya dengan klik pada 'Add' yang bertanda anak panah merah. Sekiranya semua maklumat telah lengkap dan betul, klik butang Pay Now.


Skrin seperti gambar di bawah akan dipaparkan sekiranya pembayaran telah berjaya. Sila klik di bahagian yang bertanda anak panah merah untuk kembali ke durianbelanda.com

Cara-cara Membuat Teh Daun Durian Belanda

Tujuan utama meminum teh dari daun durian belanda adalah untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.

Walaupun keseluruhan bahagian durian belanda dikatakan mampu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, namun dari pengalaman kami, merawat dengan cara meminum teh dari daun durian belanda adalah cara yang paling berkesan terhadap kebanyakan masalah kesihatan, paling mudah disediakan dan boleh diambil oleh kebanyakan orang.

Malah, sekiranya anda merujuk di bahagian Rencana & Perbincangan Global Mengenai Durian Belanda yang terdapat di tepi laman ini, anda akan dapati ada yang mendakwa telah sembuh dari masalah kanser dengan cara meminum teh dari daun durian belanda.

Ada yang berpendapat bahawa daun durian belanda yang terbaik untuk dijadikan teh adalah daun tua segar yang masih hijau. Namun dari pengalaman kami, ramai juga yang tidak sanggup meminumnya kerana rasanya yang kurang sedap.

Cara yang kami sarankan adalah dengan cara mengeringkan dahulu daun tua segar yang masih hijau tadi di dalam rumah selama 3 hari atau lebih, ia itu bukan di bawah sinaran matahari yang terus.

Contoh daun durian belanda yang kering dan sedia untuk digunakan sebagai teh adalah seperti gambar di bawah.


Contoh penyimpanan daun durian belanda untuk process pengeringan adalah seperti gambar di bawah. Letakkan di tempat yang kering dan bersih di dalam rumah anda.



Sebaiknya daun yang disimpan hendaklah digunakan dalam masa tidak lebih dari 40 hari selepas diambil dari pokoknya. Ini adalah untuk memastikan khasiatnya masih pada tahap yang diharapkan apabila digunakan.

Ada beberap cara untuk membuat teh dari daun durian belanda yang telah dikeringkan tadi. Cara di bawah adalah yang kami sarankan kerana ianya amat berkesan untuk merawat masalah kesihatan dan juga amat mudah disediakan.

Bahan-bahan: (untuk sekali minum untuk seorang)
1) 250 ml air minum.
2) 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan.

Cara-cara:
1) Panaskan air minum hingga mendidih.
2) Bilas daun durian belanda yang hendak digunakan dengan air bersih untuk menanggalkan kotoran seperti habuk dan sebagainya.
3) Gunting halus (lebih kurang ½ cm lebar seperti gambar di bawah) daun durian belanda tadi dan masukkan ke dalam mug yang hendak digunakan.

4) Tuang air yang telah mendidih tadi ke dalam mug.
5) Biarkan teh sejuk / suam untuk diminum.

Untuk dos biasa, amalkan sekali sehari sebelum tidur malam.


Sekiranya anda mencuba untuk merawat penyakit seperti kanser, cuba amalkan 5 atau 6 kali sehari. Pada hari pertama, amalkan 2 atau 3 kali sehari kemudian tambah beransur-ansur. Anda juga mungkin berminat untuk mengikuti "Perbincangan 2" di bahagian Rencana & Perbincangan Global Mengenai Durian Belanda yang terdapat di tepi laman ini (dalam Bahasa Inggeris). NOTA: Kami tidak dapat memastikan kesahihan maklumat mengenai rawatan untuk kanser kerana kami belum pernah berjumpa dengan mana-mana orang yang telah mencubanya.

Kesan rawatan selalunya akan mula dirasai selepas 2 atau 3 hari. Kesakitan akan mula dirasai berkurangan. Jika kesakitan tiada perubahan selepas seminggu, rawatan ini mungkin tidak berkesan untuk penyakit yang dirawat.

Untuk masalah kesihatan yang tidak mempunyai rasa sakit yang jelas seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis, anda perlu memantau bacaan tekanan / kandungan gula dalam darah untuk mengetahui samada rawatan berkesan atau tidak.

Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama

Cara-cara Membuat Jus Durian Belanda

Ada banyak cara untuk membuat jus durian belanda. Cara di bawah adalah cara yang kami syorkan kerana ianya mengekalkan khasiat buah durian belanda yang segar.

Resepi ini sesuai untuk hidangan 10 orang.

Bahan-bahan:
1) 500g isi durian belanda. Isi durian belanda yang telah dibekukan boleh juga digunakan setelah dicairkan.
2) 2.5 liter air
3) 250g gula
4) 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon

Cara-cara:
1) Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
2) Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi.
3) Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon.
4) Kacau sehingga sebati.
5) Terbaik jika dihidangkan sejuk.


Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama

Daun Durian Belanda untuk dijual

NOTA: Akibat dari kemarau yang perpanjangan, kami telah menghentikan penjualan daun durian belanda untuk sementara waktu untuk mengelakkan pokok durian belanda bertambah terjejas. Kami akan maklumkan apabila keadaan pulih.

Bagi anda yang sukar untuk mendapatkan daun durian belanda, kami boleh membekalkannya kepada anda melalui pos.

Ciri-ciri daun yang kami dibekalkan adalah seperti berikut:

1. Daun matang yang segar dan hijau. Contoh daun durian belanda segar adalah seperti gambar di bawah.



2. Diambil dari tanaman di Malaysia yang tidak menggunakan sebarang racun serangga atau baja kimia.

3. Daun yang terpilih dan sempurna iaitu bebas dari gigitan serangga, koyak dan sebagainya.

4. Untuk kemudahan pengguna, kini kami juga ada menjual daun durian belanda yang telah dikeringkan. Ianya boleh terus digunakan atau disimpan tanpa perlu mengeringkannya lagi. Contoh daun durian belanda yang telah dikeringkan adalah seperti gambar di bawah.

NOTA: Daun yang segar perlu dikeringkan supaya boleh disimpan lama.



Berikut adalah senarai harga termasuk pos (Pos Laju) ke seluruh Malaysia bagi daun durian belanda yang telah dikeringkan ataupun yang segar.

A) 100 keping daun Durian Belanda; RM30

B) 200 keping daun Durian Belanda; RM50

C) 300 keping daun Durian Belanda; RM70

D) 400 keping daun Durian Belanda; RM90

NOTA: 100 keping daun durian belanda adalah cukup untuk kegunaan lebih kurang sebulan untuk seorang pengguna yang mengamalkan dos biasa iaitu 3 keping daun sehari.

Sekiranya pesanan anda gagal sampai ke alamat penghantaran, sila laporkan kepada kami melalui e-mel email_durianbelanda@yahoo.com. Kami akan merujuk perkara tersebut kepada pihak Pos Laju. Sekiranya Pos Laju mengesahkan penghantaran telah gagal sampai, maka anda boleh memilih samada:
1. Membatalkan pesanan anda. Kami akan pulangkan pembayaran yang telah anda buat setelah menolak kos penghantaran RM 8. Sekiranya anda telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kami juga akan menolak kos komisen yang mungkin dikenakan oleh pihak kad kredit.
ATAU
2. Meminta untuk penghantaran dibuat semula tanpa bayaran tambahan. Sila maklum bahawa pilihan ini tidak sah sekiranya kegagalan penghantaran adalah disebabkan oleh alamat penghantaran yang tidak betul atau penerima gagal menerima penghantaran.

Untuk penghantaran di dalam Malaysia sahaja.


Pembelian menggunakan KAD KREDIT:

Sila maklum bahawa pembelian menggunakan Kad Kredit tidak dapat dilakukan pada masa ini. Harap maaf.

Pembelian dengan cara 'BANK-IN'

Sila 'bank-in' jumlah pembayaran untuk produk yang ingin dibeli ke dalam akaun seperti di bawah:

Bank:
MAYBANK

No. akaun:
514413112905

Nama akaun:
DURIANBELANDA DOT COM

E-mel:
email_durianbelanda@yahoo.com

Kemudian sila gunakan borang di bawah untuk menghantar butiran pesanan anda kepada kami atau hantarkan kepada kami melalui e-mel email_durianbelanda@yahoo.com.

Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada kami dalam masa sehari selepas pesanan anda dihantar kepada kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran dengan cara 'BANK-IN', sila klik di sini.

Nama Penerima / Recepient Name * :

Alamat Penerima / Recepient Address * :

Nombor Telefon Penerima / Recepient Telephone Number * :

E-mel / E-mail * :

Produk / Product * :
100 keping / pieces daun Durian Belanda; RM30
200 keping / pieces daun Durian Belanda; RM50
300 keping / pieces daun Durian Belanda; RM70
400 keping / pieces daun Durian Belanda; RM90

Jenis Daun / Leaf Type * :
Daun yang telah diKeringkan / Dried
Daun Segar / Fresh

Kuantiti / Quantity * :


Tarikh Pembayaran / Payment Date * :

Jumlah Bayaran / Payment Amount * :

Slip Bank-in / Bank-in Slip :




Setelah anda klik butang Submit Order, anda akan dipaparkan dengan laman seperti di bawah. Klik "Continue" untuk kembali ke durianbelanda.com


Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama.