Tahukah anda bahawa
DURIAN BELANDA
dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit?

Antaranya ialah darah tinggi, kencing manis, gastrik, dan BANYAK LAGI!

Tujuan Laman Web ini

Tujuan utama laman web ini adalah untuk membolehkan kita berkongsi maklumat mengenai cara dan khasiat penggunaan durian belanda terutama dalam bidang rawatan masalah kesihatan. Melalui maklum balas daripada mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda, diharapkan kita dapat mengetahui apakah penyakit-penyakit yang berkesan dengan rawatan menggunakan durian belanda dan juga cara merawatnya.

Sekiranya anda tidak kenal dengan pokok durian belanda, sila klik di sini untuk pengenalan ringkas.

Kami tidak ada menghasilkan produk berkaitan durian belanda seperti pil dan sebagainya. Apa yang ingin kami utarakan di sini adalah penggunaan durian belanda (samada daun, buah dan sebagainya) secara semula jadi tanpa pemprosesan tambahan yang banyak.

Maka sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan dan ingin mengetahui samada durian belanda boleh membantu, anda bolehlah merujuk kepada bahagian "Maklum Balas Pengguna" yang terdapat di tepi laman ini untuk mengetahui pengalaman mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka.

Namun kami menyarankan anda berjumpa doktor terlebih dahulu terhadap setiap masalah kesihatan anda. Sekiranya rawatan doktor tidak berkesan juga, dan mungkin anda juga telah mencuba beberapa produk herba lain dan tidak berkesan, maka amat sesuailah untuk mencuba rawatan dengan durian belanda walaupun masalah kesihatan anda itu tidak tersenarai di bahagian "Maklum Balas Pengguna".

Untuk memastikan kesahihan fakta dalam maklum balas dari pengguna, semua maklum balas yang kami paparkan adalah dari kes yang kami sendiri telah saksikan atau rawatan yang dilapurkan telah kami cuba dengan kes yang kami sendiri saksikan.

Kami juga ada memaparkan cara membuat jus dari buah durian belanda yang sesuai bagi mereka yang ingin memakan buah durian belanda tetapi kurang menyukai rasanya. Juga ada kami paparkan cara membuat teh dari daun durian belanda yang mana kebanyakan rawatan menggunakan durian belanda adalah dengan cara meminum teh dari daun durian belanda.

Kami berharap maklumat di laman web ini dapat memberikan banyak menafaat kepada anda.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun cadangan, sila e-mel kan kepada kami di email_durianbelanda@yahoo.com atau hantar melalui Peti Cadangan yang terdapat di tepi laman ini.

Khasiat Perubatan

Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Penduduk di banjaran Andes membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong, cirit birit dan demam.

Bagi suku orang asli di Guyana, mereka mengatasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit hati dengan membuat serbuk teh daripada daunnya. Mereka juga mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh dengan mendapatkan minyak daripada daun yang masih muda.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku ini digalakkan memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Demam dan Rawatan Ulser Mulut

25 August 2011
Rujukan: 006
Kanak-kanak, 1.5 tahun
Sabah, MALAYSIA

Kanak-kanak ini mengalami demam panas kerana tumbuh gigi.

Untuk merawatnya, saya ambil 10 helai daun durian belanda, direndam di dalam air dan diramas kemudian dilumurkan keseluruhan badan dan kepala kanak-kanak tersebut.

Sejam kemudian ada tindakbalas positif. Suhu badan kanak-kanak tersebut semakin menurun dan beberapa jam kemudian ia kembali sihat seperti biasa. Penyembuhan hanya dalam masa sehari. Daun ini sangat menakjubkan. TAHNIAH

Daun durian belanda ini juga dapat sembuhkan kudis dalam mulut (ulser mulut) bagi anak saya yang berumur setahun 3 bulan.

Cara Pengambilan dan Dos:

Untuk Demam: 10 helai daun durian belanda direndam dan diramas kemudian dilumurkan keseluruhan badan dan kepala.

Untuk Ulser Mulut: 10 helai daun direbus sehingga mendidih kemudian disejukkan sehingga menjadi suam dan selepas itu diberi minum.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Kencing Manis

14 August 2011
Rujukan: 005
Lelaki, 44 tahun
Kedah, MALAYSIA

Saya mula mengidap kencing manis sejak tahun 2010 dengan bacaan 17.

Kawan saya mengesyorkan untuk mencuba beberapa produk herba di pasaran. Saya pun mencubanya tetapi bacaan kencing manis saya hanya turun setakat lebih kurang 14 sahaja. Produk herba yang saya cuba itu termasuklah beberapa produk yang menelan belanja ratusan ringgit sebulan.

Akhirnya, awal tahun 2011, saya pergi ke hospital berjumpa doktor. Doktor telah memberikan saya ubat dan saya ambil ubat tersebut mengikut arahan. Namun bacaan kencing manis saya hanya turun setakat lebih kurang 14 sahaja.

Pada April tahun 2011, saya mencuba merawat dengan meminum teh daun durian belanda setelah disyorkan oleh isteri saya. Saya tidak lagi mengambil ubat hospital dan juga produk herba lain. Pada awal July 2011, saya pergi ke klinik swasta untuk membuat pemeriksaan kencing manis saya. Saya terkejut bacaannya sudah turun kepada 10. Inilah kali pertama bacaannya serendah begini.

Untuk makluman, dari dulu hingga sekarang, saya tidak pernah berpantang makan.

Saya akan teruskan meminum teh daun durian belanda ini dan memantau bacaan kencing manis saya.

21 Jun 2012: Bacaan kencing manis saya kini ialah 8 (tidak berpuasa). Saya difahamkan dengan bacaan ini kencing manis saya kini dianggap sudah normal.

Cara Pengambilan dan Dos: 2 helai daun durian belanda yang kering digunting halus semasa dibuat teh diminum sekali sehari disebelah malam sebelum tidur.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Gastrik

10 August 2011
Rujukan: 004
Lelaki, 17 tahun
Negeri Sembilan, MALAYSIA

Saya telah mengalami gastrik sejak awal tahun 2011. Saya telah berjumpa doktor dan diberi ubat ANTACID. Saya telah mengambil ubat tersebut mengikut arahan, tetapi rasa sakit masih tidak hilang.

Sebulan yang lalu, kawan sekolah saya mencadangkan saya mencuba meminum teh daun durian belanda. Setelah dua hari meminumnya dan tidak lagi mengambil ubat yang diberikan oleh doktor, rasa sakit gastrik telah hilang sama sekali. Saya masih meneruskan meminum teh tersebut sehingga hari ini.

Saya juga telah dapat berpuasa semasa Ramadhan sekarang tanpa masalah gastrik.

08 December 2011: Saya telah berhenti meminum teh daun durian belanda sejak sebulan lalu dan tiada tanda-tanda sakit gastrik kembali.

Cara Pengambilan dan Dos: 3 keping daun durian belanda kering di buat teh. Minggu pertama, saya meminumnya dua kali sehari, sekali pagi dan sekali malam. Selepas itu saya meminumnya sekali sehari sebelah pagi.

Cara Untuk Membeli Produk Kami

Untuk penghantaran di dalam Malaysia sahaja.

Untuk membeli, sila hubungi kami melalui WhatsApp di +6017-4776591.
Akaun kami di MAYBANK ialah 514413112905 DURIANBELANDA DOT COM

Cara membuat pembelian:
1. WhatsApp kepada kami produk dan bilangan yang hendak dibeli
2. Kami akan maklumkan kepada anda jumlah kos
3. Buat pembayaran jumlah kos ke akaun Maybank kami
4. WhatsApp kepada kami Nama dan alamat penghantaran
5. Kami akan hantar pesanan anda menggunakan Pos Laju dan maklumkan kepada anda Tracking ID

Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama.