Tahukah anda bahawa
DURIAN BELANDA
dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit?

Antaranya ialah darah tinggi, kencing manis, gastrik, dan BANYAK LAGI!

Tujuan Laman Web ini

Tujuan utama laman web ini adalah untuk membolehkan kita berkongsi maklumat mengenai cara dan khasiat penggunaan durian belanda terutama dalam bidang rawatan masalah kesihatan. Melalui maklum balas daripada mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda, diharapkan kita dapat mengetahui apakah penyakit-penyakit yang berkesan dengan rawatan menggunakan durian belanda dan juga cara merawatnya.

Sekiranya anda tidak kenal dengan pokok durian belanda, sila klik di sini untuk pengenalan ringkas.

Kami tidak ada menghasilkan produk berkaitan durian belanda seperti pil dan sebagainya. Apa yang ingin kami utarakan di sini adalah penggunaan durian belanda (samada daun, buah dan sebagainya) secara semula jadi tanpa pemprosesan tambahan yang banyak.

Maka sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan dan ingin mengetahui samada durian belanda boleh membantu, anda bolehlah merujuk kepada bahagian "Maklum Balas Pengguna" yang terdapat di tepi laman ini untuk mengetahui pengalaman mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka.

Namun kami menyarankan anda berjumpa doktor terlebih dahulu terhadap setiap masalah kesihatan anda. Sekiranya rawatan doktor tidak berkesan juga, dan mungkin anda juga telah mencuba beberapa produk herba lain dan tidak berkesan, maka amat sesuailah untuk mencuba rawatan dengan durian belanda walaupun masalah kesihatan anda itu tidak tersenarai di bahagian "Maklum Balas Pengguna".

Untuk memastikan kesahihan fakta dalam maklum balas dari pengguna, semua maklum balas yang kami paparkan adalah dari kes yang kami sendiri telah saksikan atau rawatan yang dilapurkan telah kami cuba dengan kes yang kami sendiri saksikan.

Anda juga boleh merujuk di bahagian "Rencana & Perbincangan Global Mengenai Durian Belanda" yang terdapat di tepi laman ini (dalam Bahasa Inggeris).

Kami juga ada memaparkan cara membuat jus dari buah durian belanda yang sesuai bagi mereka yang ingin memakan buah durian belanda tetapi kurang menyukai rasanya. Juga ada kami paparkan cara membuat teh dari daun durian belanda yang mana kebanyakan rawatan menggunakan durian belanda adalah dengan cara meminum teh dari daun durian belanda.

Bagi anda yang sukar untuk mendapatkan daun durian belanda, kami boleh membekalkannya kepada anda melalui pos. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Sila maklum bahawa anda tetap dipelawa untuk menjadikan laman ini sebagai rujukan mengenai penggunaan durian belanda walaupun anda tidak membeli daun durian belanda daripada kami.

Sekiranya anda membeli daun durian belanda daripada kami, kami tidak akan menanya sebarang soalan mengenai tujuan penggunaan daun tersebut atau meminta sebarang maklum balas dari anda. Sebarang soalan atau maklum balas dari anda hanyalah secara sukarela dari pihak anda.

Kami berharap maklumat di laman web ini dapat memberikan banyak menafaat kepada anda.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun cadangan, sila e-mel kan kepada kami di email_durianbelanda@yahoo.com atau hantar melalui Peti Cadangan yang terdapat di tepi laman ini

Khasiat Perubatan

Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Penduduk di banjaran Andes membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong, cirit birit dan demam.

Bagi suku orang asli di Guyana, mereka mengatasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit hati dengan membuat serbuk teh daripada daunnya. Mereka juga mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh dengan mendapatkan minyak daripada daun yang masih muda.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku ini digalakkan memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Cara-cara Membuat Jus Durian Belanda

Ada banyak cara untuk membuat jus durian belanda. Cara di bawah adalah cara yang kami syorkan kerana ianya mengekalkan khasiat buah durian belanda yang segar.

Resepi ini sesuai untuk hidangan 10 orang.

Bahan-bahan:
1) 500g isi durian belanda. Isi durian belanda yang telah dibekukan boleh juga digunakan setelah dicairkan.
2) 2.5 liter air
3) 250g gula
4) 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon

Cara-cara:
1) Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
2) Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi.
3) Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon.
4) Kacau sehingga sebati.
5) Terbaik jika dihidangkan sejuk.


Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama

14 comments:

  1. As'kum..saya wida dari Johor Bahru.. kalau blh nak tau ada cara tak untuk saya dapat bekalan buah durian belanda.sini susah la nak jumpa buah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba pasaraya Giant atau Cold Storage?

      Delete
  2. saya ddk di sabah area lahad datu. memang byk buah ni.2 biji yang bsr bru berharga rm1.50 sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow seronoknya dengar harga buah durian belanda yang murah, kalau dekat swak harga sebiji mencecah rm6.50 sebiji!

      Delete
    2. sya baru beli minggu lepas 1kg 6.00.

      Delete
  3. di jitra kedah, sekilo rm20.00. di RnR Tapah, sekilo Rm12 shj.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..Durian belanda dh mahal dh skrg sbb boleh merawat kanser.. tp jgn lah jual terlampau mahal kerana ada pesakit yg tidak mampu utk membeli. Kanser penyakit yg serius jika tidak diubati boleh membawa maut pada pesakit jgn disebabkan utk mengaut keuntungan anda mengambil kesempatan terhadap pesakit. Ingatlah wahai umat islam dpt pahala jika membantu org dlm kesusahan..maafkn saya dgn kata2 ini jika anda terasa..saya pon pesakit kanser otak..

    ReplyDelete
  5. Kakak saya selalu beli kat pasar tani je untuk saya sebab saya juga pesakit kanser (breast) stage 4, baru selesai kemoterapi dan mastektomi operation (kemoterapi dulu baru buat pembedahan). lagi 2 minggu jumpa balik pakar onkologi untuk bincang rawatan selanjutnya.

    ReplyDelete
  6. saya baru je beli sebiji kat central market dgn hrga rm12/- utk berat 1.5kg.. ptg ni nak buat jus..

    ReplyDelete
  7. kmk baru beli minggu lepas harga nang mahal sekali 1kg 6.00.

    ReplyDelete
  8. Di Kuala Pilah RM7.00 sekilo...itu pun buahnya tidak cukup tua atau masih muda...buahnya tak masak...sebaliknya jd lembik dan busuk...janganlah nak untung aniaya orang yang memerlukan....

    ReplyDelete
  9. Di Kuala Pilah...harganya RM7.00,tapi sayangnya buahnya muda dan masak layu...masihkah ianya berkhasiat ?

    ReplyDelete
  10. saya baru.beli.di pasar nunuhan.tumpat sekiloRM10.00 ....mmg kaut untung..tapi beli juga sbb dikatakan berkhasiat.

    ReplyDelete

Daun Durian Belanda untuk dijual

NOTA: Akibat dari kemarau yang perpanjangan, kami telah menghentikan penjualan daun durian belanda untuk sementara waktu untuk mengelakkan pokok durian belanda bertambah terjejas. Kami akan maklumkan apabila keadaan pulih.

Bagi anda yang sukar untuk mendapatkan daun durian belanda, kami boleh membekalkannya kepada anda melalui pos.

Ciri-ciri daun yang kami dibekalkan adalah seperti berikut:

1. Daun matang yang segar dan hijau. Contoh daun durian belanda segar adalah seperti gambar di bawah.



2. Diambil dari tanaman di Malaysia yang tidak menggunakan sebarang racun serangga atau baja kimia.

3. Daun yang terpilih dan sempurna iaitu bebas dari gigitan serangga, koyak dan sebagainya.

4. Untuk kemudahan pengguna, kini kami juga ada menjual daun durian belanda yang telah dikeringkan. Ianya boleh terus digunakan atau disimpan tanpa perlu mengeringkannya lagi. Contoh daun durian belanda yang telah dikeringkan adalah seperti gambar di bawah.

NOTA: Daun yang segar perlu dikeringkan supaya boleh disimpan lama.



Berikut adalah senarai harga termasuk pos (Pos Laju) ke seluruh Malaysia bagi daun durian belanda yang telah dikeringkan ataupun yang segar.

A) 100 keping daun Durian Belanda; RM30

B) 200 keping daun Durian Belanda; RM50

C) 300 keping daun Durian Belanda; RM70

D) 400 keping daun Durian Belanda; RM90

NOTA: 100 keping daun durian belanda adalah cukup untuk kegunaan lebih kurang sebulan untuk seorang pengguna yang mengamalkan dos biasa iaitu 3 keping daun sehari.

Sekiranya pesanan anda gagal sampai ke alamat penghantaran, sila laporkan kepada kami melalui e-mel email_durianbelanda@yahoo.com. Kami akan merujuk perkara tersebut kepada pihak Pos Laju. Sekiranya Pos Laju mengesahkan penghantaran telah gagal sampai, maka anda boleh memilih samada:
1. Membatalkan pesanan anda. Kami akan pulangkan pembayaran yang telah anda buat setelah menolak kos penghantaran RM 8. Sekiranya anda telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kami juga akan menolak kos komisen yang mungkin dikenakan oleh pihak kad kredit.
ATAU
2. Meminta untuk penghantaran dibuat semula tanpa bayaran tambahan. Sila maklum bahawa pilihan ini tidak sah sekiranya kegagalan penghantaran adalah disebabkan oleh alamat penghantaran yang tidak betul atau penerima gagal menerima penghantaran.

Untuk penghantaran di dalam Malaysia sahaja.


Pembelian menggunakan KAD KREDIT:

Sila maklum bahawa pembelian menggunakan Kad Kredit tidak dapat dilakukan pada masa ini. Harap maaf.

Pembelian dengan cara 'BANK-IN'

Sila 'bank-in' jumlah pembayaran untuk produk yang ingin dibeli ke dalam akaun seperti di bawah:

Bank:
MAYBANK

No. akaun:
514413112905

Nama akaun:
DURIANBELANDA DOT COM

E-mel:
email_durianbelanda@yahoo.com

Kemudian sila gunakan borang di bawah untuk menghantar butiran pesanan anda kepada kami atau hantarkan kepada kami melalui e-mel email_durianbelanda@yahoo.com.

Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada kami dalam masa sehari selepas pesanan anda dihantar kepada kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran dengan cara 'BANK-IN', sila klik di sini.

Nama Penerima / Recepient Name * :

Alamat Penerima / Recepient Address * :

Nombor Telefon Penerima / Recepient Telephone Number * :

E-mel / E-mail * :

Produk / Product * :
100 keping / pieces daun Durian Belanda; RM30
200 keping / pieces daun Durian Belanda; RM50
300 keping / pieces daun Durian Belanda; RM70
400 keping / pieces daun Durian Belanda; RM90

Jenis Daun / Leaf Type * :
Daun yang telah diKeringkan / Dried
Daun Segar / Fresh

Kuantiti / Quantity * :


Tarikh Pembayaran / Payment Date * :

Jumlah Bayaran / Payment Amount * :

Slip Bank-in / Bank-in Slip :




Setelah anda klik butang Submit Order, anda akan dipaparkan dengan laman seperti di bawah. Klik "Continue" untuk kembali ke durianbelanda.com


Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama.