Tahukah anda bahawa
DURIAN BELANDA
dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit?

Antaranya ialah darah tinggi, kencing manis, gastrik, dan BANYAK LAGI!

Tujuan Laman Web ini

Tujuan utama laman web ini adalah untuk membolehkan kita berkongsi maklumat mengenai cara dan khasiat penggunaan durian belanda terutama dalam bidang rawatan masalah kesihatan. Melalui maklum balas daripada mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda, diharapkan kita dapat mengetahui apakah penyakit-penyakit yang berkesan dengan rawatan menggunakan durian belanda dan juga cara merawatnya.

Sekiranya anda tidak kenal dengan pokok durian belanda, sila klik di sini untuk pengenalan ringkas.

Kami tidak ada menghasilkan produk berkaitan durian belanda seperti pil dan sebagainya. Apa yang ingin kami utarakan di sini adalah penggunaan durian belanda (samada daun, buah dan sebagainya) secara semula jadi tanpa pemprosesan tambahan yang banyak.

Maka sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan dan ingin mengetahui samada durian belanda boleh membantu, anda bolehlah merujuk kepada bahagian "Maklum Balas Pengguna" yang terdapat di tepi laman ini untuk mengetahui pengalaman mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka.

Namun kami menyarankan anda berjumpa doktor terlebih dahulu terhadap setiap masalah kesihatan anda. Sekiranya rawatan doktor tidak berkesan juga, dan mungkin anda juga telah mencuba beberapa produk herba lain dan tidak berkesan, maka amat sesuailah untuk mencuba rawatan dengan durian belanda walaupun masalah kesihatan anda itu tidak tersenarai di bahagian "Maklum Balas Pengguna".

Untuk memastikan kesahihan fakta dalam maklum balas dari pengguna, semua maklum balas yang kami paparkan adalah dari kes yang kami sendiri telah saksikan atau rawatan yang dilapurkan telah kami cuba dengan kes yang kami sendiri saksikan.

Kami juga ada memaparkan cara membuat jus dari buah durian belanda yang sesuai bagi mereka yang ingin memakan buah durian belanda tetapi kurang menyukai rasanya. Juga ada kami paparkan cara membuat teh dari daun durian belanda yang mana kebanyakan rawatan menggunakan durian belanda adalah dengan cara meminum teh dari daun durian belanda.

Kami berharap maklumat di laman web ini dapat memberikan banyak menafaat kepada anda.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun cadangan, sila e-mel kan kepada kami di email_durianbelanda@yahoo.com atau hantar melalui Peti Cadangan yang terdapat di tepi laman ini.

Khasiat Perubatan

Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Penduduk di banjaran Andes membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong, cirit birit dan demam.

Bagi suku orang asli di Guyana, mereka mengatasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit hati dengan membuat serbuk teh daripada daunnya. Mereka juga mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh dengan mendapatkan minyak daripada daun yang masih muda.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku ini digalakkan memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Tekanan Darah Tinggi

20 Disember 2011
Rujukan: 012
Wanita, 48 tahun
Negeri Sembilan, MALAYSIA

Saya mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan telah mengambil ubat hospital sejak 7 tahun lalu. Sejak mengambil ubat tersebut, saya mengalami beberapa kesan sampingan seperti buang air kecil tidak lawas dan sakit-sakit di badan terutama di belakang dan jari tangan.

Lebih kurang sebulan yang lalu, saya telah pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan biasa seperti yang diarahkan. Bacaan tekanan darah saya tidak memuaskan iaitu 150/100. Lalu doktor menukar jenis ubat untuk saya.

Ubat jenis baru tersebut telah membuatkan kesan sampingan yang saya alami bertambah teruk. Saya rasa seperti tidak sanggup lagi untuk berterusan begini.

Pada suatu hari, saya terdengar kawan-kawan saya bersembang mengenai khasiat durian belanda. Saya pun bertanya kepada mereka cara untuk merawat masalah tekanan darah tinggi. Mereka mencadangkan saya meminum teh daun durian belanda.

Oleh kerana kesan sampingan dari ubat hospital yang saya alami agak teruk, saya membuat keputusan untuk tidak mengambilnya lagi. Saya hanya meminum teh daun durian belanda setiap hari.

Selepas 3 hari, kesan sampingan dari ubat hospital yang saya alami telah hampir hilang. Saya juga berasa lebih bertenaga dan ceria.

Setelah lebih kurang 3 minggu meminum teh daun durian belanda, saya pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan biasa seperti yang diarahkan. Bacaan tekanan darah saya memuaskan iaitu 130/80. Lalu doktor menukar lagi jenis ubat untuk saya, tetapi saya tidak memberitahu kepada doktor yang saya tidak lagi mengambil ubat yang telah diberi. Saya hanya terima ubat yang diberi.

Cara Pengambilan dan Dos: 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan dibuat teh diminum sekali sehari sebelum tidur.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Kulit Kering dan Rawatan Jerawat

02 December 2011
Rujukan: 009 Wanita, 17 tahun
Rujukan: 010 Wanita, 17 tahun
Rujukan: 011 Wanita, 17 tahun
Negeri Sembilan, MALAYSIA

Saya ternampak 3 orang pelajar sebuah sekolah mempunyai masalah di muka. Seorang mempunyai banyak jerawat besar (Rujukan: 009), seorang lagi mempunyai banyak jerawat kecil (Rujukan: 010) dan seorang lagi mempunyai kulit kering kemerahan di bahagian pipi (Rujukan: 011). Kesemua mereka telah mencuba pelbagai produk untuk merawat masalah mereka tetapi kurang berkesan. Sekarang mereka tidak lagi menggunakan apa-apa produk kerana telah putus asa.

Saya ada terbaca di durianbelanda.com mengenai orang yang telah merawat jerawatnya menggunakan teh durian belanda lalu mencadangkan mereka bertiga mencuba rawatan tersebut dengan cara meminum teh daun durian belanda dan juga menyapu seluruh muka dengan teh tersebut.

Seminggu kemudian apabila saya bertemu mereka, masalah jerawat dan kulit kering mereka hampir sembuh. Mereka memberi tahu saya bahawa mereka tidak meminum teh durian belanda kerana tidak suka rasanya. Mereka hanya sapukan air teh durian belanda ke seluruh muka mereka setiap malam.

Seminggu selepas itu, masalah di muka mereka telah pulih sepenuhnya. Cuma yang mempunyai jerawat besar tu masih ada bekas hitam tetapi jerawat sudah tiada.

Terima kasih durianbelanda.com. Saya turut gembira bersama ketiga-tiga pelajar tersebut.

Cara Pengambilan dan Dos: Sekeping daun durian belanda yang telah dikeringkan dibuat teh menggunakan lebih kurang 1/3 gelas air mendidih. Setelah teh sejuk, sapukan air teh ke seluruh muka. Jangan dibilas, biarkan kering sendiri. Lakukan setiap malam.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Kulit Berminyak dan Rawatan Jerawat

01 November 2011
Rujukan: 008
Wanita, 22 tahun
Selangor, MALAYSIA

Saya mempunyai masalah kulit muka berminyak dan banyak jerawat kecil di muka. Saya telah mencuba banyak produk berjenama antarabangsa namun kurang berkesan.

Setelah membaca pengalaman pengguna lain merawat masalah kulit kering di durianbelanda.com, saya pun mencuba merawat masalah kulit muka saya dengan air teh daun durian belanda.

Setiap malam, saya buatkan teh daun durian belanda seperti yang dipaparkan di durianbelanda.com. Saya minum 3/4 dari teh tersebut, selebihnya saya sapukan di seluruh muka saya.

Setelah seminggu, minyak dan jerawat di muka saya telah banyak berkurangan. Malah sekarang saya tidak lagi takut nak makan kacang tanah. Walaupun jerawat akan keluar kembali selepas makan kacang tanah, tetapi selepas 2 atau 3 hari, ianya akan hilang.

Saya juga lebih yakin menggunakan rawatan durian belanda ini kerana tidak melibatkan sebarang bahan kimia, tidak seperti produk yang pernah saya gunakan sebelum ini. Terima kasih durianbelanda.com kerana membolehkan maklumat seperti ini dikongsikan. Saya yakin ramai yang akan mendapat menafaat.

Cara Pengambilan dan Dos: Buat teh daun durian belanda menggunakan 3 keping daun durian belanda yang telah dikeringkan (seperti yang dipaparkan di durianbelanda.com), minum 3/4 dari teh tersebut, selebihnya disapukan di muka. Biarkan kering sendiri di muka tanpa dibilas. Dilakukan setiap malam.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Masalah Buang Air Besar dan Rawatan Kulit Kering

05 Oktober 2011
Rujukan: 007
Wanita, 14 tahun
Melaka, MALAYSIA

Saya mengalami masalah sembelit semasa buang air besar. Selain itu, kekerapan buang air besar pun tidak menentu, lebih kurang 2 ke 3 hari sekali.

Saya mengetahui mengenai teh durian belanda untuk merawat masalah buang air besar melalui laman web ini lalu mencubanya. Terima kasih, ianya amat berkesan. Sekarang saya tiada masalah sembelit lagi dan kekerapan pun sudah OK iaitu saya buang air besar setiap hari.

Selain itu, masalah kulit muka kering termasuk bibir selalu pecah-pecah pun telah sembuh. Sebelum ini saya telah mencuba produk pelembab jenama antarabangsa yang agak terkemuka untuk merawatnya namun tidak berkesan. Untuk kulit kering di bahagian tertentu muka saya yang lambat sembuh, saya sapukan juga dengan sedikit air teh daun durian belanda yang saya minum. Esoknya sudah sembuh.

Terima kasih kerana membolehkan maklumat ini dikongsikan. Saya rasa ramai yang akan mendapat menafaat.

Cara Pengambilan dan Dos:
3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan dibuat teh diminum sekali sehari sebelum tidur.

Untuk mempercepatkan proses penyembuhan kulit kering, sapukan juga bahagian kulit kering tersebut dengan air teh daun durian belanda yang diminum tadi.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Demam dan Rawatan Ulser Mulut

25 August 2011
Rujukan: 006
Kanak-kanak, 1.5 tahun
Sabah, MALAYSIA

Kanak-kanak ini mengalami demam panas kerana tumbuh gigi.

Untuk merawatnya, saya ambil 10 helai daun durian belanda, direndam di dalam air dan diramas kemudian dilumurkan keseluruhan badan dan kepala kanak-kanak tersebut.

Sejam kemudian ada tindakbalas positif. Suhu badan kanak-kanak tersebut semakin menurun dan beberapa jam kemudian ia kembali sihat seperti biasa. Penyembuhan hanya dalam masa sehari. Daun ini sangat menakjubkan. TAHNIAH

Daun durian belanda ini juga dapat sembuhkan kudis dalam mulut (ulser mulut) bagi anak saya yang berumur setahun 3 bulan.

Cara Pengambilan dan Dos:

Untuk Demam: 10 helai daun durian belanda direndam dan diramas kemudian dilumurkan keseluruhan badan dan kepala.

Untuk Ulser Mulut: 10 helai daun direbus sehingga mendidih kemudian disejukkan sehingga menjadi suam dan selepas itu diberi minum.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Kencing Manis

14 August 2011
Rujukan: 005
Lelaki, 44 tahun
Kedah, MALAYSIA

Saya mula mengidap kencing manis sejak tahun 2010 dengan bacaan 17.

Kawan saya mengesyorkan untuk mencuba beberapa produk herba di pasaran. Saya pun mencubanya tetapi bacaan kencing manis saya hanya turun setakat lebih kurang 14 sahaja. Produk herba yang saya cuba itu termasuklah beberapa produk yang menelan belanja ratusan ringgit sebulan.

Akhirnya, awal tahun 2011, saya pergi ke hospital berjumpa doktor. Doktor telah memberikan saya ubat dan saya ambil ubat tersebut mengikut arahan. Namun bacaan kencing manis saya hanya turun setakat lebih kurang 14 sahaja.

Pada April tahun 2011, saya mencuba merawat dengan meminum teh daun durian belanda setelah disyorkan oleh isteri saya. Saya tidak lagi mengambil ubat hospital dan juga produk herba lain. Pada awal July 2011, saya pergi ke klinik swasta untuk membuat pemeriksaan kencing manis saya. Saya terkejut bacaannya sudah turun kepada 10. Inilah kali pertama bacaannya serendah begini.

Untuk makluman, dari dulu hingga sekarang, saya tidak pernah berpantang makan.

Saya akan teruskan meminum teh daun durian belanda ini dan memantau bacaan kencing manis saya.

21 Jun 2012: Bacaan kencing manis saya kini ialah 8 (tidak berpuasa). Saya difahamkan dengan bacaan ini kencing manis saya kini dianggap sudah normal.

Cara Pengambilan dan Dos: 2 helai daun durian belanda yang kering digunting halus semasa dibuat teh diminum sekali sehari disebelah malam sebelum tidur.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Gastrik

10 August 2011
Rujukan: 004
Lelaki, 17 tahun
Negeri Sembilan, MALAYSIA

Saya telah mengalami gastrik sejak awal tahun 2011. Saya telah berjumpa doktor dan diberi ubat ANTACID. Saya telah mengambil ubat tersebut mengikut arahan, tetapi rasa sakit masih tidak hilang.

Sebulan yang lalu, kawan sekolah saya mencadangkan saya mencuba meminum teh daun durian belanda. Setelah dua hari meminumnya dan tidak lagi mengambil ubat yang diberikan oleh doktor, rasa sakit gastrik telah hilang sama sekali. Saya masih meneruskan meminum teh tersebut sehingga hari ini.

Saya juga telah dapat berpuasa semasa Ramadhan sekarang tanpa masalah gastrik.

08 December 2011: Saya telah berhenti meminum teh daun durian belanda sejak sebulan lalu dan tiada tanda-tanda sakit gastrik kembali.

Cara Pengambilan dan Dos: 3 keping daun durian belanda kering di buat teh. Minggu pertama, saya meminumnya dua kali sehari, sekali pagi dan sekali malam. Selepas itu saya meminumnya sekali sehari sebelah pagi.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Kebas dan Rawatan Masalah Buang Air Besar

28 July 2011
Rujukan: 003
Wanita, 40 tahun
Kedah, MALAYSIA

Saya telah mengalami rasa kebas di sebelah tangan sejak setahun yang lalu. Lebih kurang 6 bulan yang lalu, rasa kebas tersebut menjadi kuat dan terasa berdenyut. Saya pergi berjumpa doktor di hospital. Doktor telah membuat pemeriksaan kesihatan terhadap saya termasuk x-ray. Doktor kata saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lalu memberi saya ubat tahan sakit (pain killer). Saya makan ubat tersebut apabila rasa denyutnya kuat. Rasa denyut itu hilang seketika tetapi berulang lagi. Kakak saya memberi tahu saya untuk mencuba teh daun durian belanda. Setelah seminggu meminumnya dan berhenti memakan ubat tahan sakit, saya mula merasakan ada perubahan. Saya teruskan meminumnya dan selepas lebih kurang sebulan, rasa kebas dan denyut itu telah hampir hilang sama sekali.

Selain itu, sejak meminum teh daun durian belanda, buang air besar saya telah menjadi lebih kerap iaitu setiap hari. Sebelum ini saya buang air besar hanya lebih kurang 3 hari sekali.

Cara Pengambilan dan Dos: 2 helai daun durian belanda yang kering digunting halus semasa dibuat teh diminum sekali sehari disebelah malam sebelum tidur.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Masalah Buang Air Besar & Kecil

27 June 2011
Rujukan: 002
Wanita, 46 tahun
Melaka, MALAYSIA

3 bulan yang lalu, saya mengalami sakit semasa buang air kecil. Suami saya telah mengesyorkan untuk meminum teh dari daun durian belanda. Saya mengamalkan dos 3 keping daun kering dibuat teh sekali sehari sebelah malam sebelum tidur. Selepas 3 hari pengamalan peminuman teh ini, sakit semasa buang air kecil itu sudah hilang. Sehingga kini, saya masih mengamalkan peminuman teh ini.

Selain itu, saya juga mempunyai masalah buang air besar yang tidak kerap, iaitu lebih kurang tiga hari sekali. Tanpa saya duga, peminuman teh durian belanda ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah buang air besar tersebut. Kini, kadar buang air besar saya sudah menjadi normal iaitu setiap hari.

Cara Pengambilan dan Dos: 3 keping daun kering durian belanda dibuat teh diminum sekali sehari sebelah malam sebelum tidur.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Masalah Buang Air Kecil dan Rawatan Sakit Sendi

26 June 2011
Rujukan: 001
Lelaki, 76 tahun
Sabah, MALAYSIA

Saya telah mengalami sakit semasa buang air kecil sejak awal tahun 2010.

Saya telah berubat di klinik swasta dan juga hospital kerajaan namun ia sembuh semasa saya makan ubat sahaja. Bila ubat dah habis, sakit nya datang lagi.

Awal tahun 2011 sakitnya amat perit. Malam pun saya susah tidur sebab beberapa kali bangun untuk buang air kecil. Air kencing sedikit, tapi sangat sakit semasa kencing.

Masa tu ubat dari hospital yang saya makan pun sudah tidak berkesan lagi.

Anak saya mencadangkan saya minum teh dari daun nangka belanda (durian belanda) yang telah dikeringkan. Mujurlah saya ada 2 pokok nangka belanda di belakang rumah saya. Saya minum sehari sekali pada waktu malam sebelum tidur.

Selepas 3 hari, Alhamdulillah saya mula merasa ada perubahan. Selepas seminggu, Alhamdulillah sakitnya hilang sama sekali hinggalah sekarang.

Selain itu, Alhamdulillah sakit sendi terutama lutut yang saya telah alami bertahun-tahun pun mula kurang. Saya tidak menyangka yang sakit sendi tu boleh hilang sebab saya sangkakan itu memang penyakit orang tua seperti saya.

Jadi, Alhamdulillah, sakit kencing sudah hilang, sakit sendi pun tidak disangkakan sudah hilang juga.

Cara Pengambilan dan Dos: 3 helai daun durian belanda yang kering dibuat teh diminum sekali sehari disebelah malam sebelum tidur.

Pengenalan

Durian belanda (bahasa Inggeris: Soursop) atau nama saintifiknya Annona Muricata merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Pokok durian belanda



Daun durian belanda; daunnya berkilat, berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantingnya. Daunnya berukuran 5.5-18cm x 2-7cm

Bunga durian belanda; berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.

Buah durian belanda; buahnya agak besar dan boleh dimakan. Kulitnya berduri lembut. Isi buah berwarna putih, terdapat banyak biji, rasanya masam-masam manis. Selalu dibuat sebagai jus, sorbet dan sebagainya.


Khasiat dari daun dan buah durian belanda ini dikatakan memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain itu, buah dan daun ini juga dikatakan berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Maklumat Lanjut Mengenai Cara Membuat Pembayaran dengan cara Bank-in

Akaun bank untuk pembayaran secara bank-in adalah seperti di bawah.

Bank:
MAYBANK

No. akaun:
514413112905

Nama akaun:
DURIANBELANDA DOT COM

E-mel:
email_durianbelanda@yahoo.com

Pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana satu daripada cara-cara di bawah.

1. Pemindahan (Transfer) melalui Internet Banking
2. Pemindahan (Transfer) melalui mesin ATM
3. Bank-in tunai di mesin Cash Deposit Maybank
4. Bank-in tunai atau cek di Kaunter Maybank
5. Bank-in cek melalui mesin Cheque Deposit Maybank

Selepas membuat pembayaran, anda akan menerima slip/resit pembayaran. Sila simpan slip/resit pembayaran tersebut sehingga anda menerima produk yang dipesan.

Bagi pembayaran melalui Internet Banking, 'Confirmation Page' adalah slip/resit pembayaran. Print-Screen Confirmation Page tersebut kemudian Paste ke dalam Paint. Padamkan maklumat mengenai akaun anda dan simpan sebagai file. Gambar di bawah adalah contoh Confirmation Page Maybank2u dimana maklumat mengenai akaun pembayar telah dipadamkan menggunakan Paint sebelum fail disimpan.


Bagi pembayaran selain daripada melalui Internet Banking, anda juga boleh menyimpan slip/resit pembayaran sebagai file (soft copy) dengan cara mengambil foto slip/resit pembayaran tersebut menggunakan kamera digital (contoh: kamera telefon bimbit) atau imbas menggunakan scanner dan simpan sebagai file.

Semasa mengisi borang pesanan, sekiranya anda hendak menghantar sekali slip/resit pembayaran yang telah disimpan sebagai file (soft copy), anda boleh berbuat demikian dengan cara klik butang Browse dan pilih file tersebut. Sekiranya anda menghantar pesanan kepada kami melalui e-mel, anda boleh Attach file tersebut bersama e-mel pesanan.

Maklumat Lanjut Mengenai Cara Membuat Pembayaran menggunakan Kad Kredit

Pemprosesan pembayaran akan dilakukan oleh PayPal. Kami menggunakan PayPal kerana ciri keselamatannya dimana nombor Kad Kredit yang anda gunakan tidak akan diberikan kepada kami oleh PayPal. Apa yang PayPal hantarkan kepada kami hanyalah butiran mengenai pembelian anda seperti nama dan alamat penghantaran dan barangan yang dipesan.

Nota: Untuk pembayaran menggunakan kad kredit, anda tidak perlu mempunyai akaun dengan PayPal.

Gambar di bawah adalah contoh skrin yang akan dipaparkan setelah anda memilih sebagai contoh "200g daun Durian Belanda Segar" dari senarai Produk dan klik butang Buy Now. Untuk pembayaran menggunakan Kad Kredit, sila klik di bahagian yang bertanda anak panah merah.

Sila klik pada gambar untuk melihatnya dengan lebih jelas.


Pada skrin berikutnya seperti gambar di bawah, masukkan butiran kad kredit anda, nama dan alamat penghantaran, nombor telefon dan e-mel anda. Kemudian klik butang yang bertanda anak panah merah.


Semak maklumat yang anda telah masukkan pada skrin berikutnya seperti gambar di bawah. Jika anda mempunyai sebarang nota tambahan kepada pihak kami, anda boleh memasukkannya dengan klik pada 'Add' yang bertanda anak panah merah. Sekiranya semua maklumat telah lengkap dan betul, klik butang Pay Now.


Skrin seperti gambar di bawah akan dipaparkan sekiranya pembayaran telah berjaya. Sila klik di bahagian yang bertanda anak panah merah untuk kembali ke durianbelanda.com

Cara-cara Membuat Teh Daun Durian Belanda

Tujuan utama meminum teh dari daun durian belanda adalah untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.

Walaupun keseluruhan bahagian durian belanda dikatakan mampu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, namun dari pengalaman kami, merawat dengan cara meminum teh dari daun durian belanda adalah cara yang paling berkesan terhadap kebanyakan masalah kesihatan, paling mudah disediakan dan boleh diambil oleh kebanyakan orang.

Melalui teknologi terkini, sekarang tidak perlu lagi untuk mencari daun ataupun buah durian belanda untuk melakukan rawatan durian belanda. GRAVIOLA, produk ekstrak daun durian belanda dalam bentuk cecair yang boleh diminum dengan mencampurkan air sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai GRAVIOLA, sila klik di sini.

Malah, sekiranya anda merujuk di bahagian Rencana & Perbincangan Global Mengenai Durian Belanda yang terdapat di tepi laman ini, anda akan dapati ada yang mendakwa telah sembuh dari masalah kanser dengan cara meminum teh dari daun durian belanda.

Ada yang berpendapat bahawa daun durian belanda yang terbaik untuk dijadikan teh adalah daun tua segar yang masih hijau. Namun dari pengalaman kami, ramai juga yang tidak sanggup meminumnya kerana rasanya yang kurang sedap.

Cara yang kami sarankan adalah dengan cara mengeringkan dahulu daun tua segar yang masih hijau tadi di dalam rumah selama 3 hari atau lebih, ia itu bukan di bawah sinaran matahari yang terus.

Contoh daun durian belanda yang kering dan sedia untuk digunakan sebagai teh adalah seperti gambar di bawah.



Contoh penyimpanan daun durian belanda untuk process pengeringan adalah seperti gambar di bawah. Letakkan di tempat yang kering dan bersih di dalam rumah anda.



Sebaiknya daun yang disimpan hendaklah digunakan dalam masa tidak lebih dari 40 hari selepas diambil dari pokoknya. Ini adalah untuk memastikan khasiatnya masih pada tahap yang diharapkan apabila digunakan.

Ada beberap cara untuk membuat teh dari daun durian belanda yang telah dikeringkan tadi. Cara di bawah adalah yang kami sarankan kerana ianya amat berkesan untuk merawat masalah kesihatan dan juga amat mudah disediakan.

Bahan-bahan: (untuk sekali minum untuk seorang)
1) 250 ml air minum.
2) 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan.

Cara-cara:
1) Panaskan air minum hingga mendidih.
2) Bilas daun durian belanda yang hendak digunakan dengan air bersih untuk menanggalkan kotoran seperti habuk dan sebagainya.
3) Gunting halus (lebih kurang ½ cm lebar seperti gambar di bawah) daun durian belanda tadi dan masukkan ke dalam mug yang hendak digunakan.

4) Tuang air yang telah mendidih tadi ke dalam mug.
5) Biarkan teh sejuk / suam untuk diminum.

Untuk dos biasa, amalkan sekali sehari sebelum tidur malam.


Sekiranya anda mencuba untuk merawat penyakit seperti kanser, cuba amalkan 5 atau 6 kali sehari. Pada hari pertama, amalkan 2 atau 3 kali sehari kemudian tambah beransur-ansur. Anda juga mungkin berminat untuk mengikuti "Perbincangan 2" di bahagian Rencana & Perbincangan Global Mengenai Durian Belanda yang terdapat di tepi laman ini (dalam Bahasa Inggeris). NOTA: Kami tidak dapat memastikan kesahihan maklumat mengenai rawatan untuk kanser kerana kami belum pernah berjumpa dengan mana-mana orang yang telah mencubanya.

Kesan rawatan selalunya akan mula dirasai selepas 2 atau 3 hari. Kesakitan akan mula dirasai berkurangan. Jika kesakitan tiada perubahan selepas seminggu, rawatan ini mungkin tidak berkesan untuk penyakit yang dirawat.

Untuk masalah kesihatan yang tidak mempunyai rasa sakit yang jelas seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis, anda perlu memantau bacaan tekanan / kandungan gula dalam darah untuk mengetahui samada rawatan berkesan atau tidak.

Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama

Cara-cara Membuat Jus Durian Belanda

Ada banyak cara untuk membuat jus durian belanda. Cara di bawah adalah cara yang kami syorkan kerana ianya mengekalkan khasiat buah durian belanda yang segar.

Resepi ini sesuai untuk hidangan 10 orang.

Bahan-bahan:
1) 500g isi durian belanda. Isi durian belanda yang telah dibekukan boleh juga digunakan setelah dicairkan.
2) 2.5 liter air
3) 250g gula
4) 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon

Cara-cara:
1) Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
2) Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi.
3) Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon.
4) Kacau sehingga sebati.
5) Terbaik jika dihidangkan sejuk.


Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama

Cara Untuk Membeli Produk Kami

Untuk penghantaran di dalam Malaysia sahaja.

Untuk membeli, sila hubungi kami melalui WhatsApp di +6017-4776591.
Akaun kami di MAYBANK ialah 514413112905 DURIANBELANDA DOT COM

Cara membuat pembelian:
1. WhatsApp kepada kami produk dan bilangan yang hendak dibeli
2. Kami akan maklumkan kepada anda jumlah kos
3. Buat pembayaran jumlah kos ke akaun Maybank kami
4. WhatsApp kepada kami Nama dan alamat penghantaran
5. Kami akan hantar pesanan anda menggunakan Pos Laju dan maklumkan kepada anda Tracking ID

Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama.