Tahukah anda bahawa
DURIAN BELANDA
dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit?

Antaranya ialah darah tinggi, kencing manis, gastrik, dan BANYAK LAGI!

Tujuan Laman Web ini

Tujuan utama laman web ini adalah untuk membolehkan kita berkongsi maklumat mengenai cara dan khasiat penggunaan durian belanda terutama dalam bidang rawatan masalah kesihatan. Melalui maklum balas daripada mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda, diharapkan kita dapat mengetahui apakah penyakit-penyakit yang berkesan dengan rawatan menggunakan durian belanda dan juga cara merawatnya.

Sekiranya anda tidak kenal dengan pokok durian belanda, sila klik di sini untuk pengenalan ringkas.

Kami tidak ada menghasilkan produk berkaitan durian belanda seperti pil dan sebagainya. Apa yang ingin kami utarakan di sini adalah penggunaan durian belanda (samada daun, buah dan sebagainya) secara semula jadi tanpa pemprosesan tambahan yang banyak.

Maka sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan dan ingin mengetahui samada durian belanda boleh membantu, anda bolehlah merujuk kepada bahagian "Maklum Balas Pengguna" yang terdapat di tepi laman ini untuk mengetahui pengalaman mereka yang telah mencuba rawatan menggunakan durian belanda dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka.

Namun kami menyarankan anda berjumpa doktor terlebih dahulu terhadap setiap masalah kesihatan anda. Sekiranya rawatan doktor tidak berkesan juga, dan mungkin anda juga telah mencuba beberapa produk herba lain dan tidak berkesan, maka amat sesuailah untuk mencuba rawatan dengan durian belanda walaupun masalah kesihatan anda itu tidak tersenarai di bahagian "Maklum Balas Pengguna".

Untuk memastikan kesahihan fakta dalam maklum balas dari pengguna, semua maklum balas yang kami paparkan adalah dari kes yang kami sendiri telah saksikan atau rawatan yang dilapurkan telah kami cuba dengan kes yang kami sendiri saksikan.

Anda juga boleh merujuk di bahagian "Rencana & Perbincangan Global Mengenai Durian Belanda" yang terdapat di tepi laman ini (dalam Bahasa Inggeris).

Kami juga ada memaparkan cara membuat jus dari buah durian belanda yang sesuai bagi mereka yang ingin memakan buah durian belanda tetapi kurang menyukai rasanya. Juga ada kami paparkan cara membuat teh dari daun durian belanda yang mana kebanyakan rawatan menggunakan durian belanda adalah dengan cara meminum teh dari daun durian belanda.

Bagi anda yang sukar untuk mendapatkan daun durian belanda, kami boleh membekalkannya kepada anda melalui pos. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Sila maklum bahawa anda tetap dipelawa untuk menjadikan laman ini sebagai rujukan mengenai penggunaan durian belanda walaupun anda tidak membeli daun durian belanda daripada kami.

Sekiranya anda membeli daun durian belanda daripada kami, kami tidak akan menanya sebarang soalan mengenai tujuan penggunaan daun tersebut atau meminta sebarang maklum balas dari anda. Sebarang soalan atau maklum balas dari anda hanyalah secara sukarela dari pihak anda.

Kami berharap maklumat di laman web ini dapat memberikan banyak menafaat kepada anda.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun cadangan, sila e-mel kan kepada kami di email_durianbelanda@yahoo.com atau hantar melalui Peti Cadangan yang terdapat di tepi laman ini

Khasiat Perubatan

Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Penduduk di banjaran Andes membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong, cirit birit dan demam.

Bagi suku orang asli di Guyana, mereka mengatasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit hati dengan membuat serbuk teh daripada daunnya. Mereka juga mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh dengan mendapatkan minyak daripada daun yang masih muda.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku ini digalakkan memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Kencing Manis

7 April 2012
Rujukan: 015
Wanita, 46 tahun
Melaka, MALAYSIA

Seorang pekerja sebuah pasar basah telah mengadu kepada saya mengenai masalah kencing manis yang dihidapinya sejak 4 tahun lalu.

Dia pergi berjumpa doktor setiap bulan dan doktor memberikannya ubat. Dia mengambil ubat tersebut seperti yang diarahkan. Namun bacaan kencing manisnya terus meningkat dari masa ke semasa.

Sewaktu dia mengadu kapada saya, bacaan kencing manisnya ialah 12 (berpuasa).

Saya mengesyorkan kepadanya untuk mencuba meminum teh daun durian belanda. Dia bersetuju untuk mencuba.

Setelah lebih kurang 3 minggu meminum teh daun durian belanda dan juga terus mengambil ubat dari doktor, dia pergi berjumpa doktor seperti yang dijadualkan. Bacaan kencing manisnya telah turun kepada 8 (berpuasa) lalu doktor tidak lagi memberikannya ubat. Dia tidak memberi tahu kepada doktor mengenai teh daun durian belanda yang diminumnya setiap hari.

Sewaktu saya berjumpa dengannya sekali lagi untuk bertanya khabar, dia teramat gembira untuk memberi tahu kepada saya mengenai bacaan kencing manisnya yang telah turun itu. Saya menasihatkannya untuk terus mengamalkan meminum teh daun durian belanda sehingga bacaan kencing manisnya normal.

23 Jun 2012: Dia telah pergi berjumpa doktor seperti yang dijadualkan lebih kurang 2 minggu yang lalu. Bacaan kencing manisnya kini ialah 7 (berpuasa). Doktor tidak lagi memberikan ubat kepadanya dan menyuruhnya datang kembali dalam masa 3 bulan dari sekarang. Dia masih terus mengamalkan meminum teh daun durian belanda.

23 September 2012: Dia telah pergi berjumpa doktor seperti yang dijadualkan baru-baru ini. Bacaan kencing manisnya kini ialah 6 (berpuasa) iaitu sudah normal. Dia masih terus mengamalkan meminum teh daun durian belanda.

Cara Pengambilan dan Dos: 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan dibuat teh diminum sekali sehari. Masa meminum teh dijarakkan dari masa mengambil ubat. Contoh: Sekiranya ubat diambil disebelah pagi, teh diminum disebelah petang atau malam.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Gastrik dan Rawatan Jerawat

25 Febuari 2012
Rujukan: 014
Wanita, 21 tahun
Melaka, MALAYSIA

Saya ternampak seorang pembantu kedai mempunyai banyak jerawat batu di mukanya. Saya mengesyorkan kepadanya untuk mencuba merawat jerawat tersebut menggunakan air teh daun durian belanda dengan cara menyapu air teh tersebut ke seluruh muka setiap malam. Dia bersetuju untuk mencuba.

Dia ada juga bertanya kepada saya bagaimana cara untuk merawat gastrik yang telah dialaminya sejak beberapa tahun. Saya mengesyorkan kepadanya untuk mencuba merawat gastrik dengan cara meminum teh daun durian belanda setiap hari. Dia juga bersetuju untuk mencubanya.

Setelah lebih kurang 3 bulan, saya berjumpa dengan pembantu kedai tersebut. Jerawat batu di mukanya sudah tiada, hanya tinggal sedikit kesan kehitaman.

Saya bertanya mengenai masalah gastriknya. Dia memberi tahu kepada saya bahawa gastriknya sudah sembuh. Malah dia tidak lagi meminum teh daun durian belanda dan juga tidak mengambil ubat dari hospital.

Cara Pengambilan dan Dos: Untuk merawat gastrik, 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan dibuat teh diminum sekali setiap hari. Sedikit air teh tersebut disapukan ke seluruh muka untuk merawat jerawat.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Gastrik

08 Januari 2012
Rujukan: 013
Wanita, 68 tahun
Sabah, MALAYSIA

Saya mengalami masalah gastrik sejak bertahun-tahun yang lalu. Pelbagai jenis ubat telah saya cuba termasuklah ubat dari hospital dan klinik swasta serta beberapa ubat tradisional berjenama. Hasilnya kurang memuaskan dimana sakit gastrik masih juga datang dari masa ke semasa walaupun saya mengambil ubat dan mengawal pemakanan saya.

Akhirnya saya mencuba meminum teh daun durian belanda. Selepas beberapa hari, terasa ada perubahan. Tetapi saya mengalami kesan sampingan. Buku lali dan pergelangan tangan saya terasa sakit-sakit. Disebabkan oleh masalah ini saya terpaksa mengurangkan pengambilan teh daun durian belanda kepada sekali setiap 3 atau 4 hari. Dengan cara begini rasa kesan sampingan kurang, tetapi sakit gastrik tak dapat sembuh dengan sepenuhnya.

Kesan sampingan yang saya alami tidaklah memeranjatkan saya. Sebelum ini, setiap kali saya mencuba produk herba, saya mengalami pelbagai jenis kesan sampingan.

Walau apa pun, saya masih meneruskan amalan meminum teh daun durian belanda sekali setiap 3 atau 4 hari untuk mengawal gastrik saya. Cara ini adalah yang terbaik setakat ini.

Cara Pengambilan dan Dos: 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan dibuat teh diminum sekali setiap 3 atau 4 hari.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Tekanan Darah Tinggi

20 Disember 2011
Rujukan: 012
Wanita, 48 tahun
Negeri Sembilan, MALAYSIA

Saya mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan telah mengambil ubat hospital sejak 7 tahun lalu. Sejak mengambil ubat tersebut, saya mengalami beberapa kesan sampingan seperti buang air kecil tidak lawas dan sakit-sakit di badan terutama di belakang dan jari tangan.

Lebih kurang sebulan yang lalu, saya telah pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan biasa seperti yang diarahkan. Bacaan tekanan darah saya tidak memuaskan iaitu 150/100. Lalu doktor menukar jenis ubat untuk saya.

Ubat jenis baru tersebut telah membuatkan kesan sampingan yang saya alami bertambah teruk. Saya rasa seperti tidak sanggup lagi untuk berterusan begini.

Pada suatu hari, saya terdengar kawan-kawan saya bersembang mengenai khasiat durian belanda. Saya pun bertanya kepada mereka cara untuk merawat masalah tekanan darah tinggi. Mereka mencadangkan saya meminum teh daun durian belanda.

Oleh kerana kesan sampingan dari ubat hospital yang saya alami agak teruk, saya membuat keputusan untuk tidak mengambilnya lagi. Saya hanya meminum teh daun durian belanda setiap hari.

Selepas 3 hari, kesan sampingan dari ubat hospital yang saya alami telah hampir hilang. Saya juga berasa lebih bertenaga dan ceria.

Setelah lebih kurang 3 minggu meminum teh daun durian belanda, saya pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan biasa seperti yang diarahkan. Bacaan tekanan darah saya memuaskan iaitu 130/80. Lalu doktor menukar lagi jenis ubat untuk saya, tetapi saya tidak memberitahu kepada doktor yang saya tidak lagi mengambil ubat yang telah diberi. Saya hanya terima ubat yang diberi.

Cara Pengambilan dan Dos: 3 helai daun durian belanda yang telah dikeringkan dibuat teh diminum sekali sehari sebelum tidur.

Maklum Balas Pengguna: Rawatan Kulit Kering dan Rawatan Jerawat

02 December 2011
Rujukan: 009 Wanita, 17 tahun
Rujukan: 010 Wanita, 17 tahun
Rujukan: 011 Wanita, 17 tahun
Negeri Sembilan, MALAYSIA

Saya ternampak 3 orang pelajar sebuah sekolah mempunyai masalah di muka. Seorang mempunyai banyak jerawat besar (Rujukan: 009), seorang lagi mempunyai banyak jerawat kecil (Rujukan: 010) dan seorang lagi mempunyai kulit kering kemerahan di bahagian pipi (Rujukan: 011). Kesemua mereka telah mencuba pelbagai produk untuk merawat masalah mereka tetapi kurang berkesan. Sekarang mereka tidak lagi menggunakan apa-apa produk kerana telah putus asa.

Saya ada terbaca di durianbelanda.com mengenai orang yang telah merawat jerawatnya menggunakan teh durian belanda lalu mencadangkan mereka bertiga mencuba rawatan tersebut dengan cara meminum teh daun durian belanda dan juga menyapu seluruh muka dengan teh tersebut.

Seminggu kemudian apabila saya bertemu mereka, masalah jerawat dan kulit kering mereka hampir sembuh. Mereka memberi tahu saya bahawa mereka tidak meminum teh durian belanda kerana tidak suka rasanya. Mereka hanya sapukan air teh durian belanda ke seluruh muka mereka setiap malam.

Seminggu selepas itu, masalah di muka mereka telah pulih sepenuhnya. Cuma yang mempunyai jerawat besar tu masih ada bekas hitam tetapi jerawat sudah tiada.

Terima kasih durianbelanda.com. Saya turut gembira bersama ketiga-tiga pelajar tersebut.

Cara Pengambilan dan Dos: Sekeping daun durian belanda yang telah dikeringkan dibuat teh menggunakan lebih kurang 1/3 gelas air mendidih. Setelah teh sejuk, sapukan air teh ke seluruh muka. Jangan dibilas, biarkan kering sendiri. Lakukan setiap malam.

Daun Durian Belanda untuk dijual

Bagi anda yang sukar untuk mendapatkan daun durian belanda, kami boleh membekalkannya kepada anda melalui pos.

Ciri-ciri daun yang kami dibekalkan adalah seperti berikut:

1. Daun matang yang segar dan hijau. Contoh daun durian belanda segar adalah seperti gambar di bawah.



2. Diambil dari tanaman di Malaysia yang tidak menggunakan sebarang racun serangga atau baja kimia.

3. Daun yang terpilih dan sempurna iaitu bebas dari gigitan serangga, koyak dan sebagainya.

4. Untuk kemudahan pengguna, kini kami juga ada menjual daun durian belanda yang telah dikeringkan. Ianya boleh terus digunakan atau disimpan tanpa perlu mengeringkannya lagi. Contoh daun durian belanda yang telah dikeringkan adalah seperti gambar di bawah.

NOTA: Daun yang segar perlu dikeringkan supaya boleh disimpan lama.



Berikut adalah senarai harga termasuk pos (Pos Laju) ke seluruh Malaysia bagi daun durian belanda yang telah dikeringkan ataupun yang segar.

A) 100 keping daun Durian Belanda; RM30

B) 200 keping daun Durian Belanda; RM50

C) 300 keping daun Durian Belanda; RM70

D) 400 keping daun Durian Belanda; RM90

NOTA: 100 keping daun durian belanda adalah cukup untuk kegunaan lebih kurang sebulan untuk seorang pengguna yang mengamalkan dos biasa iaitu 3 keping daun sehari.

Sekiranya pesanan anda gagal sampai ke alamat penghantaran, sila laporkan kepada kami melalui e-mel email_durianbelanda@yahoo.com. Kami akan merujuk perkara tersebut kepada pihak Pos Laju. Sekiranya Pos Laju mengesahkan penghantaran telah gagal sampai, maka anda boleh memilih samada:
1. Membatalkan pesanan anda. Kami akan pulangkan pembayaran yang telah anda buat setelah menolak kos penghantaran RM 8. Sekiranya anda telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kami juga akan menolak kos komisen yang mungkin dikenakan oleh pihak kad kredit.
ATAU
2. Meminta untuk penghantaran dibuat semula tanpa bayaran tambahan. Sila maklum bahawa pilihan ini tidak sah sekiranya kegagalan penghantaran adalah disebabkan oleh alamat penghantaran yang tidak betul atau penerima gagal menerima penghantaran.

Untuk penghantaran di dalam Malaysia sahaja.


Pembelian menggunakan KAD KREDIT:

Sila maklum bahawa pembelian menggunakan Kad Kredit tidak dapat dilakukan pada masa ini. Harap maaf.

Pembelian dengan cara 'BANK-IN'

Sila 'bank-in' jumlah pembayaran untuk produk yang ingin dibeli ke dalam akaun seperti di bawah:

Bank:
MAYBANK

No. akaun:
514413112905

Nama akaun:
DURIANBELANDA DOT COM

E-mel:
email_durianbelanda@yahoo.com

Kemudian sila gunakan borang di bawah untuk menghantar butiran pesanan anda kepada kami atau hantarkan kepada kami melalui e-mel email_durianbelanda@yahoo.com.

Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada kami dalam masa sehari selepas pesanan anda dihantar kepada kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran dengan cara 'BANK-IN', sila klik di sini.

Nama Penerima / Recepient Name * :

Alamat Penerima / Recepient Address * :

Nombor Telefon Penerima / Recepient Telephone Number * :

E-mel / E-mail * :

Produk / Product * :
100 keping / pieces daun Durian Belanda; RM30
200 keping / pieces daun Durian Belanda; RM50
300 keping / pieces daun Durian Belanda; RM70
400 keping / pieces daun Durian Belanda; RM90

Jenis Daun / Leaf Type * :
Daun yang telah diKeringkan / Dried
Daun Segar / Fresh

Kuantiti / Quantity * :


Tarikh Pembayaran / Payment Date * :

Jumlah Bayaran / Payment Amount * :

Slip Bank-in / Bank-in Slip :




Setelah anda klik butang Submit Order, anda akan dipaparkan dengan laman seperti di bawah. Klik "Continue" untuk kembali ke durianbelanda.com


Klik di sini untuk kembali ke Menu Utama.